Kem Matematik Tambahan 2016

Gagal Matematik Tambahan bukan suatu perkara pelik. Saya sendiri dahulu gagal sahaja Matematik Tambahan sehingga peperiksaan percubaan SPM. Maklumlah bukan genius, sentiasa blurr dengan subjek ini. Selepas percubaan masih ada tempoh tidak sampai sebulan sahaja lagi hendak SPM, barulah dapat ilham cara belajar yang mudah difahami untuk subjek ini. Alhamdulillah sempat buat latih tubi saat akhir hingga dapat A. Alhamdulillah waktu SPM sebenar dapat A1 untuk subjek ini.
Mungkin inilah hikmahnya. Mengetahui keperitan belajar matematik tambahan yang berbelit-belit menyebabkan dapat membantu para pelajar turut sama yang tercicir seperti saya dahulu.
Untuk berjaya bukan sekadar perlu bersungguh-sungguh tetapi perlu CARA YANG BETUL untuk berusaha bersungguh-sungguh.
p/s: Kelas khas untuk pelajar calon spm sahaja. 






Kem ini bermula pada tahun 2012. Semenjak itu kami menerima sambutan yang amat menyentuh hati. Setiap tahun ada sahaja peserta yang datang dari jauh menaiki KTMsemata-mata untuk menyertai kem ini. Ada pelajar yang datang selama dua tahun berturut-turut iaitu ketika Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Namun saya menggalakkan hanya peserta Tingkatan 5 sahaja menyertai kem ini kerana kami memfokuskan pelajar yang bakal menduduki SPM.
Rahsia kami? K.I.S.S
Keep It Simple and Short
Aplikasi berdasarkan pengalaman
 Mudahan usaha ini dapat membantu anak-anak menjadi lebih berkeyakinan untuk melangkah ke dewan peperiksaan.
Inshaallah.
-Cikgu Khalilah
- Professional Personal Tutor
#hometuitionkhalilah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kem Matematik Tambahan 2016 (semenjak 2012)
Majoriti Pelajar GAGAL bukan kerana BODOH tetapi kerana TEKNIK BELAJAR yang tidak BETUL.
Masih ada masa untuk BERUBAH!
Dapatkan:
TEKNIK MENJAWAB SOALAN SKOR MARKAH yang WAJIB semua pelajar ketahui
TEKNIK SKOR JALAN KERJA PANJANG yang SEBENARNYA MUDAH
Ketahui TEKNIK basmi CUAI waktu menjawab soalan
MISI kami
Membantu pelajar GAGAL supaya LULUS
Membantu pelajar GRED C supaya lebih CEMERLANG
Memberi keyakinan diri kepada pelajar
MEMBASMI mentaliti MATEMATIK TAMBAHAN ITU SUSAH!
TIADA yang SUSAH jika kita belajar cara yang betul
TIADA yang PAYAH jika kita ada guru yang mahir
No pain No gain. Fast action fast result.
Inshaallah ...
Tarikh : 22-23 Oktober
Hari : Sabtu dan Ahad
Lokasi : Prima Sri Gombak Selangor
Yuran RM500 (termasuk penginapan dan makanan)
Booking 50% Deposit.
Berminat? Whatsapp 0194737645// 0176125700
Cikgu Khalilah @ hometuitionkhalilah.blogspot.com
DISKAUN 15% KEPADA PELAJAR HOME TUITION AND PERSONAL TUTOR

Comments

Popular Posts